Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Monday, October 12, 2009

Ada 6 hari lagi!

Sepatutnya seru kawan2 lebih awal tapi kekangan masa untuk kemaskini blog. Jadi terpaksa curi masa untuk kongsi maklumat menarik ini. Tengok gambar bawah ni, dapat agak tak apa saya nak cerita?

.


.

Okay lah tak mau berteka-teki, lagi pun nak cepat, jadi close up sikit gambar. Nampak tak deretan buku tu? Ada lebih pada 10 baris tak silap. Dah tau apa saya nak cerita?

.


.

Hish masih tak tahu lagi? Nah ni banner terang-terangan semua boleh baca sendiri. Menarik tak ada 'Mega Book Clearance?' Jadi semua warga Penang boleh lah berpusu2 ke D'Piazza Mall Bayan Baru okay. Tau tak kat mane? Ala Mall yang tak ada kedai bukak sangat tuh. Oh ya, ada Nasi Ayam Periuk Besar di situ. Kat belakang kedai tu lah 'Mega Book Clearance' ni. masuk adalah percuma!

..


.

Apa yang menarik ya? Ada 30% off untuk novel2 best-seller. Macam2 ada boleh rambang mata. Bakul pun disediakan, senang nak isi kalau nak borong banyak2. Tak cukup menarik lagi?

.


.

Okay lah. Ni buku 3 untuk RM30. Haa tak ke terkebil2 mata tuh tengok murah nye lah buku. Masa ni la sesuai nak mulakan hobi membaca. Boleh jugak nak hadiah kan kat sape2.

.

.


.

Tengok ni pulak.. 3 buku cuma RM20? Huish masa ni korang bawak2 bersabar la tengok buku tu ek. Pilih lah dengan berhemah. Jangan tamak2. Hiks..

.


.

Kalau korang bawak RM10 je, jangan risau, sebab korang ley dapat 3 biji buku dengan RM10! Daripada pegy top-up pastu habis cepat baik melabur kat buku ha. Boleh teman untuk isi masa lapang kan?

.


.

First visit hari tu singgah sekejap je before hantar Yana ke airport. Jadi qemmal tak sempat lah nak pilih2 buku. Yana & Santi sempat pulak pilih dan bayar. So qemmal will definitely come again, insya-allah kalau masa mengizinkan. Mungkin hujung minggu nanti :)

.


.

Kalau sesiapa nak kirim buku boleh, bagi tajuk dan pengarang ye. Tapi qemmal charge RM1 untuk sebiji buku. Deal? Haha. Okay lah ingat nak tulis sikit2 tapi macam panjang jugak je. Sekarang masa untuk selesaikan tugas tergendala~

.

Chow!

.


11 comments:

Hami Asraff said...

chantekk...
nak kirim buku 'DOES MY HEAD LOOK BIG IN THIS' author by 'RANDA ABDEL-FATTAH'..
hope bleh cri erk..tQ!

Pencinta Makanan said...

cik qemm...mau kirim bleh ka..heheh...

WNA said...

hami,
okeh insya-allah.kalau jmpe saye beli kay!

topeq,
mau kirim apa?boleh aja :D

Hami Asraff said...

tq erk.. i juz need det book :)

en_me said...

murah kannns.. ehehe

cheryna zamrinor said...

qemm..sha nak sangat tp tak tau plak harga buku tuh brape...aduiiii...
bestnye kalau dapat pergi sendiri je...tgh cari LET ME EAT CAKE.

cecilia ahern!!! arghhh...

kalau dapat jugak sha nak cari buku2 alexandra potter...rasanya ada tak?

* Hami Ashraf: Buku yang anda cari mmg best! tahun lepas tulis pasal buku tu dalam blog.

WNA said...

hami,
okays :D

en_me,
hehe :P

sha,
nak ke qemmal carikan?kalau jumpa boleh je :D

WNA said...

sha,
let me eat cake tu sape author nye?

Aleph Prime said...

ruginya tak tau.. in fact i love reading... satu rak dah penuh dengan buku2 baru.. yg dah abis baca, semua dah masuk kotak, susun dalam stor.. tak sabar2 nak pindah ke rumah sendiri, then baru nak unpack elok2...

WNA said...

abg halim,
abg halim mesti banyak koleksi kan.ingat lagi aritu kt borders abg halim beli buku tebal :P

DIL said...

wah...
bes nye...
murah nye...