Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Saturday, September 19, 2009

From Tanah Merah with love.

Alhamdulillah dah boleh terima kenyataan raya pertama berjauhan dari keluarga.
Walau masih berendam air mata lepas subuh.
Tapi tak tahu lah pagi raya esok macam mana.
Mintak2 dapat kawal air mata pagi raya.
Anggap jela macam praktis beraya lepas kahwin, nak tak nak kena berjauhan juga. Haha.
Berfikiran positif qemmal,positif!
.
Awal pagi tadi ke pasar menemani nenek.
Mama pesan belikan laksam bawak balik KL esok.
Masya-allah, pagi2 lagi Tanah Merah banjir!
Eh bukan bah ye, ni banjir dengan manusia.
Macam tahun2 sebelumnya, musim raya Kelantan memang sesak.
Saya assume negeri2 lain pun macam tu.
.
Nenek gagahkan diri bawa van. Nak harap kan saye, macam siput la saye bawak van tu, tak pernah pegang stereng van lagi (^-^)

.
Mula2 ke pasar borong tapi bekalan laksam habis.
Jadi terpaksa ke bandar nak beli laksam.
Disebabkan orang ramai, saya terpaksa jaga van (sebab parking tepi jalan je),
nenek saje lah cari barang di pasar.
.
Sambil tunggu nenek, sambil usha bandar Tanah Merah dari van.
Bandar Tanah Merah sekarang banyak butik baju woo..
Ada butik tudung Ariani lagi, June lepas balik kg belum ada lagi tuh.
.
Tapi dalam banyak2 kedai baru yang baru buka di Tanah Merah ni,
Kedai emas lama juga jadi perhatian saya.
Suka tengok nama2 kedai2 emas yang sempoi2 ni.
.
Kedai emas Cap keretapi.

.
.
Sebelah Kedai Emas Cap Keretapi pulak Kedai Emas Cap Kuda.

.
.
Selesai di pasar besar, saya dan nenek beransur pulang,
Singgah jap kat kedai santan.
Yela nak buat kuah laksam kena ada santan.
.
Kedai Santan Wan Nor. Saya Wan Nur pegy kedai Wan Nor (^-^)

.
.
Siapa kata nak beli Nasi Kandar Beratur je kena beratur?
Nak beli santan pun kena beratur ye kawan2.
Bak kata pak cik kat pasar tadi,
‘Orang beratur nak beli santan macam nak beli tiket bola’.
Hehehe..
Punya lah penangan banjir orang di Tanah Merah.
Hajat nenek nak beli santan terbantut dek beratur panjang.

.

.
So kawan2, esok raya nenek saye nak masak Laksam!
Saye tukang tolong potong sayur je kot =P
Ada bloggers dari Tanah Merah?
Meh la raya rumah nenek saye. (,”)
.

p/s: Alhamdulillah Abah dah boleh keluar wad hari ni.

3 comments:

cHeRyNa PiReS said...

CikQemm, anda mungkin masih berada di Tanah Merah agaknye nieh. Tp Sha dok terliur membaca perkataan laksam...uisshh...bestnye! Kan best kalo dpt sikit...nyum...nyum..(tak sedar diri, dah makan macam2 seharian nieh...ehehe)

apple dilla said...

huyoo..
power la nenek bleh drive van!

Cik Qemm said...

sha,
hehe suke laksan ke :D

dila,
hehe iron women :D