Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Monday, September 28, 2009

Eidulfitri 2009 : Pertama Kali

Pertama kali pagi raya tanpa adik2, abah dan mama.

.

Kalau selalu bangun pagi sibuk dengan persiapan diri,

raya kali ni diberi tugasan lebih sedikit.

Nenek tugaskan untuk hidangkan juadah raya.

Cuci mencuci pinggan mangkuk juga antara tugasan.

Semua itu perkara kecil, lebih enjoy menyendiri di dapur di pagi raya.

.

Macam2 juadah di pagi raya.

Nenek buat laksa dan laksam.

Cik Ni (makcik qemmal) pula masak nasi dagang, nasi minyak dan roti jala.

Penuh meja dengan juadah raya.

Ketupat palas dan tapai pun ada!

.

.

Menjadi tradisi, selepas solat hari raya,

rumah nenek akan dikunjungi oleh orang2 dari surau.

(rumah nenek bertentangan dengan surau)

Jadi setiap tahun pagi raya akan dipenuhi oleh orang2 kampung.

Pagi2 raya rumah terbuka untuk semua.

.

Pertama kali beraya jauh dari mereka,

tapi bersyukur kerana dapar menemani atok dan nenek.

Pagi2 raya nenek dah bermonolog,

"Pertama kali anak2 tak balik raya serentak

(kecuali AyahNgah yang memang menetap di Tanah Merah)"

.

Kalau nenek kurang ceria di pagi hari raya,

atok bergembira dengan baju barunya.

Menilik diri di depan cermin sambil berkata,

"Atok rasa macam anak raja, segak!"

Comel bukan?

.

Kerana mereka berdua lah saya berada di Tanah Merah di pagi raya.

Selamat Eidulfirti! :)

.

Perasaan sedih simpan dalam kotak hati,

bergembira bersama adik2 saudara.

Mereka lah penglipur lara diri,

bergambar tak pernah lupa.

.

Dek kerana banyak sangat pilihan sarapan pagi raya,

saya memilih nasi dagang Cik Ni.

Tapi nasi dagang makan dengan rendang ayam dan acar timun.


.

Bersarapan di pagi hari, sebelum rumah nenek di kunjungi orang2 kampung.

Kalau selalu riuh rendah di pagi raya,

raya kali ini saya menyendiri.

Bersarapan di depan TV sambil tunggu jemaah surau.

Ceramah pagi raya agak lama, jadi saya punya masa bermain buaian.

Kedengaran ceramah pagi raya berbau politik,

tapi malas saya nak kupas.

.

Juadah kedua pagi raya saya,

roti jala dengan kuah daging.

.

.

Sempat beraya di Kelantan hanya hari raya pertama.

Berkunjung rumah sanak saudara di Limbat, Melor dan Kubang Kerian.

Malam raya pertama sudah terkedek2 pulang ke Kuala Lumpur.

Nak tahu raya qemmal di Kuala Lumpur?

Tunggu~


3 comments:

A-rin said...

bergenang air mata baca..warghh..sedihh.. i pun kat kl.huk3.

tetiba teringat ayah.. :P

Anonymous said...

takpe qemmal..jgn sedih2.makanan nampak sedap..hihi..

WNA said...

kakak,
huhu raya yg sedih.

fif,
skang tak sedih dah.he saje je tnjk makanan :D