Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, August 28, 2009

Seronok ke pakai topeng muka?

Baru2 ni balik KL boleh dikatakan selalu bertopeng.

(padahal kat penang tak pakai langsung!)

.

Naik je bus ekpres terus pakai topeng muka.

Sampai KL masih belum buka, sampai lah masa abah pick-up kat LRT station baru buka.

.

Sempat ke Low Yat, KL Sentral,Tesco Selayang dengan bertopeng.

Boleh kata kan ke mana2 saja memakai aksesori ini kecuali di rumah.

.


Tapi memakai aksesori yang semakin digilai ramai ni tidak lagi dipandang seperti alien.

Semua sedia maklum dengan keadaan semasa.

Yang seronoknya tengok macam2 jenis topeng muka.

Saya sendiri mencari2 topeng muka warna purple dan pink.

Nampak orang pakai macam jeles sebab topeng saya warna biru dan hijau.

.


Seronok ke pakai topeng muka?

.

Sepanjang pengalaman memakai penutup hidung dan mulut ni,

saya boleh kata saya suka pakai topeng.

Kenapa saya suka? 

.

1. Tak perlu pakai lipstick sebab orang tak akan tengok kita dengan pandangan "kering nya bibir budak ni". Bibir kita tersorok, jadi apa guna pakai lipstick? Buat melekat kat topeng ada la!

2. Meningkatkan confident diri sebab buat lah apa pun, orang tak tahu sapa kita! Haha.. Tak tahu kenapa confident diri meningkat sebab ni tapi yang pastinya, seronok.

3. Pakai topeng muka, dan cuba jelir lidah kat orang depan anda masa duduk di LRT. Nescaya orang tersebut tidak memberi respon. Lucu tapi menghiburkan diri sendiri. Cuba lah, bukan selalu pun :)

4. Saya juga boleh menyanyi kecil tanpa pandangan pelik dari org sekitar. Cumanya jangan la nyanyi sekuat hati plak, sah orang kasi jeling tajam nye.

5. Hidung saya terlindung dari habuk jalanan dan bau kurang menyenangkan. Meski pun bau busuk masih dapat dihidu, tapi aroma nya kurang sket. Jadi dalam LRT yang berhimpit dan penuh aroma tu, memang bermanfaat lah aksesori ni.

.

Walau memakai topeng ni seronok tapi still ada yang tak best nya.

Menutup separuh muka dengan ketat menyebab kan peluh berleluasa.

 Dalam jangka masa panjang, mungkin nanti jerawat akan beranak pinak di sekitar kawasan muka.

.

Satu tips untuk anda:

Kalau ada mata2 yang memberi pandangan pelik sebab pakai topeng muka, apa yang perlu dilakukan adalah berpura-pura batuk dengan heavy ataupun bersin. Kalau boleh batuk tepi orang tu mesti dia tak berani nak usha daring kat anda dah pas tu. HAHA

5 comments:

noor afzan said...

pakai topeng elok..
tapi muka saya gatai la bile pakainya..
alahai~

Afif said...

tambah best kalau pakai topeng muka,cermin mata hitam,mp3 dengan topi sekali harung.tapi elakkan memakai semua itu di malam ari..;P
qemmal kt kl er?

fndrocka said...

haruslah pakai ..especially di KL..gelombang kedua h1n1 lebih marabahaya

vacation to asia said...

x best sebab kena cium bau mulut sendiri ...

kalu dapat cium mulut cik purplechoc85 ok laa!!

jangan maree

Cik Qemm said...

afzan,
a'a gatal la jugak sebab berkuap kan.slalu nye idung qemmal gatal :P

fif,
qemmal blk ujung minggu je last wiken.huhu..

fndrocka,
itulah pasal.kl bandar bahay sekarang.

vacation to asia,
itula bagus,tutup mulut berbau.ahaks.