Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Monday, August 31, 2009

Malaysia, Selamat Menyambut Kemerdekaan

Dah 52 tahun Malaysia merdeka ya? Rata2 kalau tanya apa itu merdeka, berfikir lama untuk jawab. Soalan simple, tapi mendalam. Tiap2 tahun pun akan dengar orang tanya dan jawab soalan tu kat TV. Kalau tanya saya pun, agak nya ntah apa2 saya jawab. Baik saya tak yah jawab sebab nanti sakitkan hati generasi lama je. Selalu sangat berharap tak ada orang tanya saya soalan tu, sebab saya tak pernah prepare nak jawab.
.
.
Tengok Quickie kat 8tv, soalan kepada public "Berapa warna kat bendera Malaysia?" Ada yang jawab 5,6,...yang jawab 16 pun ada? Ini sah tak pernah masuk pertandingan mewarna poster masa kat sekolah2 dulu.
.
.
Tapi setiap kali merdeka saya akan teringat kat abah. Kalau merdeka 52tahun, unur abah saya tambah setahun. Abah lahir setahun sebelum merdeka. Jadi umur abah tahun ni 53 tahun. Sebenarnya tak ada kena mengena abah dan merdeka. Tapi kalau cakap pasal merdeka saya teringat kat abah. (Saya kan anak abah..., eh anak mama juga)
.
.
Sambutan merdeka tahun ni agak lain dari tahun2 sebelum ini. Kurang terasa bulan merdeka. Mungkin sebab hari merdeka jatuh pada bulan ramadhan jadi konsert dan sebagainya tak ada.Saya perhati kat jalan raya pun tak banyak kenderaan kibarkan bendera Malaysia. saya rasa bulan ramadhan tak pe je nak kibarkan bendera tapi tak tahu kenapa tak ramai letak kat kenderaan. 
.
.
Banyak yang lain dengan merdeka tahun ni. Lagu 'Tanggal 31' nyanyian Sudirman pun jarang kedengaran di corong radio mahu pun TV. Tak tahu la saya yang kurang prihatin ke memang kurang. Mungkin juga sekarang tengah famous dengan 'Satu Malaysia' tu lagu lama dah jarang orang request.
.
.
Saya terbuat karangan panjang pulak walhal tadi hanya nak ucap Selamat Hari Merdeka. Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52!
.
.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pejuang2 Malaya sehingga negara kita mencapai kemerdekaan. :)

2 comments: