Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, July 17, 2009

Buah oh buah.

Rupa-rupanya buah-buahan tempatan ni banyak.

Makin lama makin banyak yang saya jumpa.

Mungkin kawan-kawan dah kenal lama.

.

Buah yang saiznya besar2 manggis, isi pun iras2 manggis.

Isi tak banyak, macam manggis.

Kalau manggis manis, buah ni rasanya masam.

.


Baru-baru ini Yana beli sekilo buah ni kat pasar malam.

Kalau di buka isi nya macam gambar kat bawah ni..

.


Yana kata kulit kulit tu pun boleh makan.

Saya google tengok ada orang siap buat jeruk lagi!

:)

.

Kawan2 tau nama buah ni?

5 comments:

Apih said...

kalau kat kelantan buah ni aku panggil 'SETO'... Kat negeri lain aku tak tau la.

.mS.hUnNy. said...

sentul!

noor afzan said...

BETUL TU...
MAK SAYAPUN PANGGIL 'SETO'
hehe~

tapi x penah la makan...

Cik Qemm said...

hehe..
kelantan = buah seto.
utara = buah setui.
standard = buah sentul.

:D

Monkey D Luffy said...

buah pala ker?