Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, June 12, 2009

Pasar Siti Khadijah

Hujung minggu lepas saya di Kelantan, tanah tumpah darah.

Selalunya saya balik kampung pada hari raya.

Jadi masa untuk melawat sekitar Kelantan amat lah limited.

.

Jadi baru2 ini saya berpeluang melawat Kelantan dengan lebih dekat.

Saya ke Pasar Siti Khadijah.

Orang kata kalau ke Kelantan, tak sah kalau tak singgah sini.

Dan seingat saya, ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki di pasar ini.

(sebelum ini cuma menunggu di parkir sahaja)

Saya lebih kerap ke pasar tanah merah dan ketereh.

.

Sesungguhnya Santi lebih arif di sini.

Beliau ambil alih jawatan tour guide.

.

Cuaca hari tersebut tersangat lah panas.

Kalau tak,mahu saya ajak kawan2 ke destinasi2 di papan tanda tu.

Tapi tak larat, perjalanan masih jauh.

Kami harus berangkat pulang ke Penang pada hari yang sama.

.


Ini tugu di Laman Siti Khadijah.

Bersebelahan dengan pasar, ramai nye manusia tidak terkata.

Umpama ada pesta di tengahari buta.

.

Pasar tersebut merupakan pasar bertingkat.

Di bahagian bawah tempat menjual barang basah,

aras dua untuk barang kering macam keropok, serunding etc,

dan aras ketiga adalah aras syurga bagi peminat tudung.

.


Kesibukan pasar siti khadijah memang indah di dalam gambar.

Tengok orang berjual beli dari aras tertinggi memang syiok.

Saya spot ramaiii shooter.

Entah dari mana dengan gadget masing2 yang panjang dan nampak berat.

.

Mereka shot keadaan di dalam pasar, saya shoot mereka!

Tengok siap ada yang tertonggeng cari shoot yang menarik.

Ada juga yang perasan saya shoot mereka, tersenyum simpul masing2.

:)

.

Kami cuba selesai kan agenda membeli belah dengan pantas.

Panas tidak terhingga.

Itu baru panas dunia. Masya-allah.

Meneman Hajar dan Santi membeli tudung,

saya pula beli sepasang telekung cotton. Itu sahaja.

.

Pihak management Pasar Siti Khadijah,

saya usul jadikan aras ketiga berhawa dingin.

Mesti lebih ramai yang datang :)

.

Sempat juga saya bergambar riang dengan Cik Haja.

Abaikan kecomotan saya, cuaca punca segala-galanya.

(sendiri comot salahkan cuaca)

.

Oh ya, lawatan kami hanya berlima,

Cik Yana dan En Jepp pulang ke Penang terlebih dahulu.

Perjalanan Jepp masih jauh.

.

Banyak lagi tempat harus dicerobohi.

Mungkin suatu hari nanti,

mintak2 cuaca tidak lagi seperti ahad lalu.

.

Amin~

4 comments:

haja said...

saya suka nak berjalan disekitar kelantan. rasa menarik. banyak lagi tempat yang belum dilawati.

tapi kelantan sengat panas ketika ini.. saya hanya tak mampu tahan kepanasan yang membakar kulit dan menggelegakkan otak saya..ADOiii!!

WNA said...

haja,
hehe nti kite jalan lagi ek.bile tak panas sgt :)

Ryehanna said...

Eh??
itu bukan Shahren ker??

eh eh eh..
ni belog sape?
blog awek shahren eh???

^__^

WNA said...

hehe yela shahren la tu :)

sy pun baru perasan awk cik ryehana :)