Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Monday, June 22, 2009

Malam di kota JB.


Saya berada di Johor hanya satu malam.
Suntuk sangat lah masa saya bersiar2.
Mujur ada paksarelawan di sana :)
Azidy culik saya untuk keliling kota.
Dapat lah saya melihat2 kota JB.
Mana boleh saya sia-siakan walau satu malam!
.
Malam di JB penuh warna lampu.
Azidy selaku tourist guide membawa saya bersiar2 di kota.
Saya minta beliau keliling kota.
Saya hanya mahu lihat dari dalam kereta.
Tidak lah sempat hendak menjejakkan kaki.
.
Hanya berkesempatan turun melihat tambak Johor.
Pertama kali sampai ke selatan tanah air.
Pertama kali melihat Singapura nun tidak jauh dari tanah JB.
Tempat tinggal saya ketika masih merah baru dilahirkan.
Ya, saya pernah menetap di Singapura.
.

Pandangan Singapura dari JB.
Saya tidak sangka Singapura sangat dekat dengan Malaysia. Jakun sebentar saya. Kata Azidy dari JB ke Singapura tidak sampai setengah jam berjalan kaki. Dekat bukan?

.

Azidy. Kawan susah senang. Haha.
Terima kasih kerana sudi bawa saya melihat kota JB yang indah.
Lain kali pasti saya datang lagi.
Dan lain kali itu kamu harus bawa saya menjejakkan kaki di tempat2 menarik ya!
.
Setelah melihat keindahan kota, kami ke kedai makan.

Singgah Selalu nama kedai nya.

Ramai orang penuh kedai.

Murah rezeki pemilik kedai.
.

Terlupa saya ambil signboard nama kedai.
Signboard Selamat Datang pun jadi lah.
Kedai ini betul2 berhadapan dengan Teluk Danga
.
Mulanya order Teh O Ais, tapi bila nampak ada Teh O Ais laici terus tukar order.
Sekali sekala rasa teh o ais istimewa.
RM 2.50.
.
Kondisi perut ketika itu agak lapa.
Maka saya terus browse menu mencari nasi.
Nasi Goreng Sotong saya order.
Sememang toppingnya ini kesukaan saya
.
Adik saya Amir pula order Nasi Goreng Ketam Teppanyaki.
Bunyi istimewa, tapi rupanya sama dengan nasi goreng saya.
Cuma topping nya berbeza.
Nasi Goreng RM 6.60 sepinggan.
.
Oh ya, kami juga berjanji temu dengan 2 lagi rakan.

Intan dan Shahril.
Kedua2 nya bekerja di Imigresen.
Baru habis syif terus datang jumpa kami.
Dengan uniform tu ingat senang nak jumpa!
.
Pertama kali jumpa Intan setelah lebih kurang 13 tahun.
Tinggi lampai orangnya.
Manis raut wajahnya.
.
Shahril dan Azidy baru jumpa April lepas,
semasa sama2 ke Langkawi untuk bercuti.
Yang berbaju merah tu adik saya, Amirul.
.
Perjumpaan hanya sekadar bertemu mata dan mengisi perut.
Masing2 mempunyai komitmen di pagi hari.
Jadi kami beransur pulang pabila jam hampir 12 tengah malam.
.
Pasti saya akan ke Johor lagi.
Untuk menikmati Johor di malam hari.
Ada potensi untuk saya menziarah kedai2 makan di Festive Street Mall.
Juga di Teluk Danga dan Pantai Lido.
Masih banyak tempat belum diteroka.
.
Johor, till we meet again, insya-allah.
Salamz.

4 comments:

XANABIOTICX said...

haha. terhibur bila baca 'paksarelawan'!

:D

haja said...

cik qemm..
jangan bimbang
nanti de rezeki kamu ikut saya balik
kamu doa la saya cepat-cepat berlesen kereta
nanti saya bawa kamu jalan-jalan di johor
kalau kamu nak, boleh juga ikut saya balik next week..hihi

wawa said...

rindu kat diorg sume.....jeles la....nnt la kite bercuti kat johor plak k..=)

Cik Qemm said...

xanabioticx,
hehe sebenarnya dia terpaksa jadi sukarelawan.. :P

haja,
pasti akan ke sana lagi,tp tak tahu bila.tp mungkin bukan dalam masa terdekat.huhu.pasti rindu kamu next week.

wawa,
eiks tamo la bercuti kt johor.tak aci,diorg tak bergerak.haha.dengki :P