Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Tuesday, June 23, 2009

20 Jun 2009

Biar tarikh jadi tajuk ya!

Entri ini sarat dengan gambar2 keluarga saya.

Jarang2 satu keluarga kami bergambar.

.

Tarikh : 20 Jun 2009.

Lokasi : UTM Skudai.

Tujuan : Pentauliahan Palapes Fikri.

.

Adik kedua saya berminat dengan palapes sejak dia menjejakkan kaki ke UiTM.

Sejak itu, masa beliau banyak diluangkan untuk aktiviti2 Palapes.

Tapi secara tidak langsung beliau menjauhkan diri dari aktiviti tak berfaedah.

Itu yang lebih penting.

.

Jadi Sabtu lepas kami sekeluarga berada di Skudai untuk upacara pentauliahan beliau.

Seawal subuh kaum keluarga terpaksa berkumpul untuk dibawa ke Padang Kawad.

Upacara hari tersebut terbahagi kepada dua.

Kawad dan pentauliahan di dewan.

Bimbang tidak mendapat tempat di dalam dewan,

kami sekeluarga berpecah.

Saya dan dua lagi adik2 ke padang kawad, manakala abah dan mama ke dewan.

.


Acara kawad dimulakan seawal matahari terbit.

Pada mulanya nak cari adik sendiri pun susah.

Bayangkan lah ada seribu lebih graduan yang berpakaian dan warna kulit sama.

Tapi atas usaha dan ketajaman penglihatan, berjaya saya 'trace' Fikri.

.


Antara pergerakan graduan2 palapes.

Mereka terpaksa ulang langkah2 ini setiap kali panglima datang.

Setiap panglima akan diberi penghormatan.

.


Adik saya si Leftenan Muda sedang berkawad.

Rasa nak usik2,panggil2,kacau dia tapi takut konsentrasi nya terganggu.

:)

.

Rasa bangga tengok adik saya berkawad.

Tidak saya sangka adik saya yang dulu 'sihat' dah jadi tegap. :P

Mungkin agak gelap dari biasa, tapi kakak kata gelap itu menawan. Hehe..

.

Selesai upacara kawad di padang, kami ke dewan.

Tapi kami bertiga hanya menunggu di luar dewan.

Sampai2 terus cari makanan.

Nasib lah dah bertanya pada Azidy lokasi kafe.

:)

.

2 jam lebih kami berlegar2 di kawasan dewan.

Sempat beli bunga untuk Fikri.

Sebab saya suka bunga matahari, itulah yang dia dapat.

Warna wrapping pun warna saya. Haha..

.

Mama, Fikri dan Abah bergambar sejurus keluar dari dewan.

Sekarang dah ada seorang tentera laut dan seorang tentera darat dalam keluarga kami.

:)

.

Saya si sulong yang kecil :P

Gambar dari sudut atas lagi nampak saya kecil.

.


Buah hati saya. Bila nak belanja Along ni?

Along dan Abang.

.

Sekian cerita pentauliahan Fikri.

Fikri ada di rumah, saya pula balik ke Penang.

Haish~

.

p/s : Saya nak tanya kawan2, muka saya ikut abah ke mama?

:)

.

p/s/s : untuk lebih cerita tentang ini, ADIK saya cerita dengan detail di blog beliau, dan KAKAK juga ada entry special buat Fikri.

8 comments:

haja said...

muka kamu macam...
hehe
mix-mode kot..macam master degree kamu..
haha

Mohd Riziqin Hill said...

hi..

ade kah kursus BTN ms form 4 di Kem BTN Beranang? ;p

Mohd Riziqin Hill said...

Cik Qemm,

Mcmne sy la ingt. Time tu rsnye ade 133 pengawas & pemimpin pelajar seluruh KL.

Dari skolah mane erk?
Cube add facebook -
Mohd Riziqin Hillan

13may said...

wah wah wah :D

Cik Qemm said...

haja,
yela,jwpn kamu boleh diterima.mixed-mode.saya suke itu :D

untuk en.Riqi,
berjejak kaseh plak kite ye.

13may,
lame tak menjengah ye?

CT NORAMIZA said...

hai cik qemm, thanks dtg blog akak. btw, tahniah utk left muda yg baru itu :)

aku yg DIL said...

wah...
hensem da fikri skrg...

qemmal...
ko muke campur lah...
hehe...

ko pegi ek johor...
baik nye kakak nih....

Cik Qemm said...

ct noramiza,
sama2 :)

dilah,
hehe ensem ek,tgk la adik sape :P
single lg tuh.hahaha..

aku mixed ek?biase la :P