Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Tuesday, May 26, 2009

Siapa penduduk Pekan Razaki?

Ipoh, 26 May 2009 - Kawasan perumahan di Pekan Razaki, Ipoh tidak selamat! Pagi ini, sewaktu Pumpkin menduduki peperiksaan akhir di tempat pengajian beliau, satu kejadian pecah rumah telah berlaku. Rumah Pumpkin telah dicerobohi dan mengalami kerugian kira-kira RM13,ooo. Empat buah komputer riba, satu permainan PSP dan enam buah telefon bimbit telah dirompak oleh tak-tahu-sapa. Kejadian tersebut berlaku di antara pukul 8.30-10.30 pagi semasa kesemua ahli rumah tersebut menduduki peperiksaan. Ini merupakan kali kedua komputer riba Pumpkin dicuri. Kali pertama kejadian berlaku awal tahun ini. Pencuri yang telah mengambil kedua-dua komputer riba Pumpkin saya nescaya akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat nanti. Laporan polis telah dibuat tapi saya percaya tiada apa yang dapat dilakukan sepertimana kes yang pertama tempoh hari. Kes-kes sebegini selalu nya dianggap remeh temeh tapi bagi kami pelajar, mungkin komputer riba adalah harta yang paling bernilai (macam saya). Lu perompak ingat kitorang student banyak duit ke nak beli komputer riba? Lu pikir la sendiri. Saya agak emo kali ini sebab saya kesian kat Pumpkin yang dua kali kecewa kehilangan komputer riba peneman di kala sunyi. Komputer riba jugak la penghubung untuk kami ym tau!! Saya nak berhenti menaip, tapi ingat lah penduduk Pekan Razaki Ipoh, kawasan anda tak selamat.

8 comments:

Arin Mansor said...

ish.... sakit hati nyer baca..jebon pun penah hilang komputer riba..i sangat menci perompak yg ingat kami ni kaya..idiots!!!!!!!!!!!!!!!

WNA said...

kakak,
tulah,jaat kan diorg ni.pegy la rompak orang kaya.kite yang miskin2 ni jgn la kaco.kan2..

:(

haja said...

sian kat pumpkin.. u cakap kat kat die i simpati ngan die..dah la nak exam. last exam hlg calculator. kali ni laptop skali lagi. nyot punye pencuri. wey..lu x takut Tuhan ke huh?

WNA said...

hmm tula.die slalu la jd mangsa curi ni.memang pencuri tak takot tuhan u,kalau tak diorg tak mencuri kan.

paLie said...

wooo.
terigt time dlu2 lisa aku kene pecah msk.
isk. kesian kpd mangsa2 kecurian.

WNA said...

palie,
aa lisa ko pun penah jadi mangsa kan.apekah perasaan ko?huhu.

*rase nak carut je kt muke pencurik tu*

shewa said...

ala...sian kat yen
2x dah..tabah eh

to yen: gudluck exam
to qem: yen syg kamu :p

hehe..wa merepek di tghr

WNA said...

shewa,
tq dear
:D