Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Wednesday, May 27, 2009

3 dara maniss..


..outing di Putrajaya!

.

Hari ke-3 bersama Dilah, dan hari ke-2 bersama Susie.

Kami merancang untuk ke Putrajaya hari isnin,

tapi atas sebab2 tertentu ditunda ke hari selasa.

Apa-apa pun, outing ngan korang memang best!

.

Lepas office hour semalam, kami bertiga meluncur ke Putrajaya.

Perjalanan ke Putrajaya rasa sekejap sangat bila dengar celoteh Cik Adilah.

Hehe..

Sedar2 je kami dah sampai.

.

Tujuan ke Putrajaya adalah untuk melihat keindahan Putrajaya.

Excited tak terkira. Ntah pape je.

Al-maklumlah kali terakhir ke sana saya pun tak ingat bila.

Ini baru kali kedua ke sana.

Macam jauh sangat je Gombak dengan Putrajaya kan?

.


Cuba teka saya yang mana satu?

Kalau betul tepuk tangan sendiri ya!

*Hoyeh*

.

Model utama di Putrajaya.

Dalam banyak2 gambar,

saya suka gambar beliau yang ini.

Sebab tu saya tempek di sini.

.

Masjid Putrajaya di kala senja.

Subhanallah,cantik!

.

Salah satu jambatan di Putrajaya.

Binaan yang cantik.
Tapi semua jambatan kat sini cantik2.

.


Kami bergedik di Putrajaya.

Dua orang engineer dan seorang pelajar.

Saya pakai baju Manchester tu!

Hehe..
.

Jalan punya jalan,tekak pun haus.

Sempat lagi kami singgah di pasar malam.

ABC ROCK jadi pilihan saya.

.
Kami pusing2 putrajaya sambil menikmati pemandangan.

Jalan pun main redah je, tapi tak banyak kereta pun,

kalau nak belajar memandu pun boleh rasa nya. Haha..

.

Jalan2 sudah, klik2 gambar sudah,

tiba la masa untuk makan malam.

The best part was, kami ada penaja makan malam!

Jadi kami ke destinasi seterusnya, Kajang.

Perjalanan ke Kajang sangat lah mencabar..

.

Dah sampai Kajang ape lagi, sate la!

Memang sebati dah Kajang ni dengan sate.

Mana2 pegy pun akan ada sate Kajang kan?

.



Restoran pilihan kami ialah Haji Samuri.

Haji Samuri ni kat kawasan rumah kami pun ada.

Tapi apa lah salah nya pekena kat Kajang plak.

Besar restorannya, ada beberapa tingkat.

Saya tengok siap ada kedai cenderahati lagi, tapi belum bukak kot.

.


Kitorang order sate ayam, daging & perut.

Semua nya Ejoy belanja!

Ejoy,thanks ya for the dinner.

Lain kali belanja lagi.

:)

.

3 dara maniss..

Suka luangkan masa dengan kamu berdua.

Happy2 selalu ya!
.


Dari atas,kanan..

Ejoy, Zam, Dilah, Susie.

Ini lah dia kawan2 jurutera ku.

Bila la saya plak nak jadi jurutera ni?

.

Ini kawan2 masa matrik gopeng dulu.

Bila hang out sama2 macam ni, mula la rindu kat sekor2.

Isk, ntah pape lagi.Haha..

.

Korang, thanks for the sweet time.

Nanti ketemu lagi!

No comments: