Mrs. Q @ Instagram :)

Saturday, April 25, 2009

Nasi + Ketam.


Dah lama saya nak cuba nasi goreng ketam.
Orang duk sebut2 nasi ketam juru sedap.
Melawat blog kawan2  bg tau nasi ketam juru sedap.
Haih, apa lagi!
.
Hari ni saya ada hal di seberang.
Dah alang2 ke seberang saya ajak kawan2 ke Juru.
Makan tengahari di sana.
Siap bukak lappy lagi search jalan nak pergi.
Hehe..
.
Lecturer saya kate makan bawah rumah.
Nak jugak la merasa makan bawah rumah kan.
Masa kami sampai tak ramai orang lagi.
Jadi dapat la port bawah rumah.
.


.
Yana & Alan. Tengah tunggu makanan sampai. Kat sini menu dia hanya yang tertera di kaunter. Menu punya la kecik, mane nak nampak. Nasib dah aim nak makan nasi ketam. So order itu je la.
.

Hajar & Qemm. Sama2 comel, sama2 padan. haha..
.

.
Ni la lauk makan tengah hari kami. Ketam masak apa ntah, lupa. Sedap hingga menjilat jari. Ini hidangan untuk 3 orang, ada 5 ekor ketam. Kuah ketam ni sedap sampai rasa nak tapaw. Hajar kate lain kali bawak tupperware, kita tapaw.  
.
Disebabkan kami tak tahu menu apa lagi, kami hanya order nasi dan lauk ketam. Kata tujuan datang pun nak makan ketam kan. Kat sini ada ikan bakar, kerang, mee udang dan macam2 lagi la. Next time la plak datang rasa. Oh ya, kami order nasi putih 3, ketam untuk 3 orang mkn, dan air pilihan masing, semuanya RM49.
.

.
Teh O Ais. Air saya. Gambar air pun nk amik ek qemmal ni, tapi saya punya suka la :P
.
.
Yang best nye kat sini ada pengepit ni. Senang nak pecah kan kulit ketam tuh. Kena cari satu ni, senang nak mkn ketam. Tayah gigit sendiri. tapi satu pesanan saya, pakai baju warna gelap2 eh, karang air ketam tuh terpercik kena baju. nanti sapa yang comot? kamu jugak. Haha.
.
.
Okeh, gambar makanan dah habis. Ini gambar power rangers merah jambu dah kenyang!
.
....................................................................................................
.
.
Saya tengah rajin ni, so saya bagi direction ke kedai makan nasi ketam ni ek.
Sape2 nak cube boleh la ikut direction saya ni :)
(untuk reference saya jugak,mane la tau saya lupa jalan.hehe)
.
Dari highway Penang, keluar exit Juru/Bukit Mertajam.
.
.
Saya tak sempat snap signboard susur keluar highway. Tapi saya sempat amik gmbr signboard-sebelah-hilang ni kat traffic light lepas exit. so keluar exit amik kanan ye kawan2..
.
Korang akan jumpa Autocity Juru. Akan ada McDonald sebelah kiri anda. Dekat traffic light, amik kiri. Kemudian terus sahaja sampai jumpa traffic light simpang empat. 
.
Dekat traffic light yang ini, amik kanan. Intai2 kat kanan korang ada tugu (tugu ke ni??) macam kat bawah ni belah kanan.
.
.
.
Then korang terus je. Jalan ni jalan kampung tau. Jangan bawak laju2. Terus sampai at the end korang akan jumpa simpang tiga, amik kanan. Kedai yang saya makan tu betul2 lepas simpang tiga tu. korang da boleh park kereta belah kanan korang.
.

.
Ni la dia Warung Pak Su. Tengok siap ada no tepon lagi. kot2 korang sesat tepon la tanya jalan. Hehe..
.
.
Warung ni bukak meja bawah rumah. Sebab tu la lecturer saya kata makan bawah rumah. So Dah sampai pun, nak balik korang pandai2 la cari jalan pulang ye.
.
Ok, till then, Adios!
.
p/s: esok birthday pumpkin saya. Kawan2 tolong sampaikan pesanan saya :P

5 comments:

paLie said...

ko ney wat aku lapa lar..chesss

yayaHarry said...

gulp!

Lily.Lulu said...

adoihhhhh
lapar perottt !!!
sedapnya tengok ketam tu
gulp ~

haja said...

memang super delicious..sye nak cari resepi die plak..

Cik Qemm said...

palie,
ko ni slalu je lapa bile dtg sini.haha.

yaya,
nape? :P

lily,
haha kak lily pon slalu wt qemmal lapa. :P

haja,
da jmpe resipi lum?