Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Thursday, February 12, 2009

Melawat Utara Semenanjung

Saya dan rakan2 ke utara semenanjung pada ahad lepas.
Tujuan utama adalah untuk berkunjung ke rumah Pumpkin.
Jadi pagi hari lagi kami berempat bertolak dari Pulau Pinang.



Destinasi pertama sesampai kami di Alor Star ialah Menara Alor Star.
Sebetulnya, destinasi ini tiada dalam tentatif kami, tapi kami hanya mengikut tourist guide.
Menara Alor Star merupakan menara ke-19 tertinggi di dunia.
Bayaran masuk RM6 untuk dewasa, untuk pelajar macam saya hanya RM4.
Tiada yang menarik di situ,mungkin kerana pernah naik yang lebih tinggi.


teropong sesama sendiri

Destinasi kedua pula adalah destinasi utama dalam tentatif, rumah Pumpkin.
Dapat makan nasi tomato free. Itu yang best tu.
Makan sambil2 layan melodi plak, memang layan~
Sudah makan dan merehatkan diri, kamii ke destinasi seterusnya.

Perjalanan agak jauh dari Alor Star, kami ke Padang Besar.
First time ke Padang Besar, seronok pergi kalau bawak cash money banyak.
Padang besar ni tempat jual baju2, jersey, kain, tudung, brooch etc.
Tempat ni ala-ala Rantau Panjang di Kelantan la.
Kata dua-dua pun sempadan Thailand kan.
Habis round Padang Besar, perut dah lapar balik.
Al-maklum lah banyak energy digunakan untuk jalan2 dalam arked tuh.



Kami ke destinasi ke-4,Kuala Perlis untuk isi perut.
Dah sampai sini ape lagi, makan Laksa Kuala Perlis la kan.
Pumpkin bawak tempat yang saya tak pernah pergi lagi.
Medan Selera tepi pantai.
Dapat lah tengok matahari terbenam sambil makan.

Berjalan2 sudah, mencuci mata sudah, makan pun sudah.
Habis lah sudah hari walaupun perjalanan ke Penang masih jauh.
Kami balik Alor Star, minum2 then berangkat pulang.

laksa Kuala Perlis

Horlick Ais. Mula2 saya order Milo Ais, di remind oleh kawan2 *ingat orang di
GAZA*


Ais Batu Campur


Alor Star, nanti saya datang lagi ye.
Tata~





3 comments:

Arin Mansor said...

sis, u g kuala perlis..tak aci nih.. MR Aja ni belum lg bawak i blk perlis..hehe

Cayril Ikhwan said...

jalan sakan nampak.....

WNA said...

kakak,
hehe yela pumpkin bwk i.tp i da 3 kali pegy :P
nti ajak la mr.aja tuh

abg wan,
hehe jalan2 time ujung minggu :D