Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Saturday, February 14, 2009

Hari ini hari apa?

Kat tv berderet ceritera cinta.

Semua bahasa cerita cinta, semua channel cerita cinta.

Semak balik kalendar, oh 14 februari rupanya.

Saya tak sedar pun 14 februari.

.

14 februari saya sama macam hari2 biasa.

Tak pernah saya sambut 14 februari.

Dulu masa tak ada bf, tak ada sebab nak sambut hari cinta.

Sekarang pulak, usah disebut pasal 14 februari pada si dia.

Mau kena ceramah saya nanti!

.


Teringat pula beberapa peristiwa kebelakangan ini.

Dua hari lepas, saya minum petang bersama Alan di kafeteria,

melihat kami berdua berlainan jantina agaknya,

kami dihulur kertas kecil oleh seorang gadis manis.

Kertas kecil yang menegah menyambut 14 februari.

Usah di tanya kenapa ditegah, rata-rata kita tahu apa sebabnya.

.

Minggu lepas pula ketika mengunjungi deretan stall ala-ala 'bijou bazaar' di USM,

saya disapa amoi comel.

"Belilah couple tee kak, untuk hari valentine"

Terus saya jawab "Saya tak ada boy-friend"

Pendek cerita.

.

Itu sahaja cerita hari ini.

Selamat 14 februari!

:)

2 comments:

wawa said...

huhu...bagus2...sy sokong!!

WNA said...

wawa,
hehe time kasih :D