Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Wednesday, February 11, 2009

Durian Valley USM

Siapa sangka dalam USM ada Durian Valley?
Sepanjang mengenali USM saya tak pernah dengar ada Durian Valley di dalamnya.
Apatah lagi Mid Valley. Tapi term2 sebegitu mungkin akan menjadi familiar dalam beberapa tahun lagi.
Pertama kali mendengar Durian Valley adalah bila Santi memberitahu akan ke sana bersama2 rakan sepejabat beliau pada hari sabtu.
Perasaan ingin tahu di mana lokasi Durian Valley membuatkan saya & Hajar ingin turut serta.
Nasib baik diterima baik oleh rakan2 sepejabat Santi *senyum*
Dan apa yang lebih membanggakan, kumpulan lawatan hari Sabtu lepas adalah kumpulan yang pertama di bawa masuk untuk melawat. *Senyum bangga*
Tapi jangan risau, Durian Valley akan dibuka untuk umum tak lama lagi.


bersama rakan sepejabat Santi


Terletak berhampiran Desasiswa Gemilang, ada nya Durian Valley atau nama lain, Lurah Burung.
Oh ya, Lurah Burung mungkin lebih dikenali oleh warga USM.
Kalau dulu saya set dalam kepala kawasan itu kawasan yang menakutkan, sekarang tak lagi.



Durian Valley adalah kawasan hutan kecil yang menjadi tarikan burung2 di sekitar USM.
Jadi aktiviti hari Sabtu tersebut adalah lawatan sambil belajar di sekitar Durian Valley.
Banyak input tentang burung2 dan alam sekitar saya dapat tau!
Kalau selama ni saya nak kenal pokok durian, kena cari buah dulu baru tau. Sekarang saya dah kenal daun pokok durian. *Senyum bangga lagi*
Dan aktiviti berakhir dengan gotong royong mencari harta karun yang tidak berguna di dalam kawasan tersebut. *Go green!*

qemmal & Kak Farah

qemmal & Hajar


Cik Santi


Tak lama lagi akan wujud Mid Valley dan North Valley di USM.
Best kan bunyi nya?


No comments: