|
|
Sunday, October 05, 2008
Apa yang best Aidilfitri 2008?
. ![]() berbuka beramai-ramai, meja tak cukup sampai kena buat 2 trip makan. Waktu sahur juga tidak kurang seronoknya. Walau saya hanya jadi 'penonton' bak kata Ayah Su, keseronokan jadi 'penonton' tu jarang-jarang sekali dapat tau! Waktu makan adalah waktu keluarga berkumpul. Kalau selalu makan nasi dengan gulai, di kampung selera lebih kepada nasi, ulam & budu. Simple dan menyelerakan. Raya kali ni, selepas sedekad raya 'tidak lengkap', kali ni family mama berkumpul. Lepas rindu suasana beraya zaman kecil2. Beratur nak bersalam-salaman dan collect duit raya. Saya tak terkecuali,dapat duit raya lagi, jangan jeles! Snap2 gambar sampai letih pak cik & mak cik saya. Kalah artis kata mereka. Kemudian acara konvoi untuk beraya pula. Setiap tahun beraya di rumah2 yang sama, jadi rutin hari raya, tapi belum pernah rasa jemu. . ![]()
Adik beradik mama, ada 4 orang je, tapi susah nak kumpul kan 4 sekaligus Saya dan keluarga. Kami juga 4 adik-beradik, hopefully senang nak berkumpul time raya bile semua dah berkeluarga nanti. Adik-adik saudara saya (sebelah abah) yang kecoh, tapi kalau tak ada mereka, senyap la rumah. . Ni juadah masa family mama beraya di rumah family abah. Diorg punya la makan durian sampai balik ada yang demam.hehehe.. Banyak lagi yang best Aidilfitri 2008 ni, tapi saya coretkan ini sahaja ya. Kawan-kawan punya Aidlifitri pula macam mana? Sure masing-masing ada sahaja cerita yang seronok kan?
11:33:00 AM
|