Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru..

..kepada semua guru di Malaysia!


Dah hampir 6 tahun meninggalkan alam persekolahan.
Tapi tiap-tiap tahun pasti tidak lupa hari guru.

Tadi ambil adik balik sekolah.
Ada sambutan Hari Guru.
Cikgu-cikgu sekolah adik berlakon, menyampaikan sajak..
Rindu alam persekolahan!@sedih
Saya seorang yang kerap kali berhijrah,
namun bukan orang nomad ya!
Abah bekerja sebagai tentera laut sebelum pencen,
maka dibawanya saya ke sana sini.

Kalau tak silap perkiraan, saya pernah bersekolah di 4 buah sekolah rendah,
dengan 5 kali perpindahan.
SK ACS Lumut, SK Jln Raja Muda, Sebuah sek di Sabah (saya tak ingat nama sekolah.hehe) dan SK Tmn Setiawangsa.
Kawan bertukar ganti, begitu juga guru.
Jadi, agak sukar untuk mengingat nama-nama guru di sekolah rendah.
Kecuali semasa di ACS Lumut,
sebab Pumpkin rakan sedarjah saya ketika itu
@sengihnampakgigi

Sekolah menengah, 3 sahaja @kenyit
SMK Tmn Setiawangsa, SM Puteri Wilayah & SM Teknik KL.

Jadi kepada semua cikgu-cikgu saya,
terima kasih daun keladi.
Jasa kalian memang tak dapat saya balas.
Hanya penghargaan tak terhingga dari saya.

Tidak lupa kepada pensyarah2 di Kolej Matrikulasi Perak
dan Universiti Sains Malaysia.

Saya sayang kalian!

3 comments:

Anonymous said...

terlanjur dgn topik ini, sy juge ingin mengambil kesempatan utk mengucapkn Selamat Hari Guru utk guru2 yg penah mengajar sy secare langsg ataupn secare xlngsg di...

Tadika Kemas blkg pdg
SRK Tmn Selayang (2)
SK Selayang Utama
SMK Ideal Heights
SMT Kuala Lumpur
Pusat Tusyen Perfection
Pusat Tusyen Sham

dan juge lecture2 di German-Malaysian Institutte~

sekian, trimass...hahaahaa ;p

WNA said...

palie,

eh2 boley lak die wt dedication kt cni ek,ok la,mbr nye pasal aku tak charge.

wakaka~

MOLY said...

selamat hari guru ..
;)